Monday, September 3, 2018
Britain desak Myanmar bebaskan wartawan
LONDON - ENGLAND. Britain hari ini mendesak Myanmar supaya membebaskan dua wartawan agensi berita Reuters yang dipenjara kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi, ketika membuat laporan mengenai krisis etnik Rohingya.
Ia berkata, hukuman ke atas Wa Lone dan Kyaw Soe Oo sebagai satu bentuk serangan terhadap kebebasan pihak media di negara itu.
"Kami amat kecewa dengan keputusan mahkamah.
"Dan kami menuntut kedua-dua wartawan itu dibebaskan segera.
"Dalam amalan demokrasi, wartawan harus bebas menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut," kata jurucakap Perdana Menteri Theresa May.
Sementara itu, hukuman penjara tujuh tahun ke atas Wa Lone dan Kyaw Soe Oo memusnahkan sama sekali reputasi pemenang hadiah keamanan Nobel, Aung San Suu Kyi, sebagai tokoh yang memperjuangkan hak asasi manusia.
Pengkritik memberi pandangan itu selepas Suu Kyi gagal mempertahankan wartawan terbabit termasuk membantah penindasan ke atas minoriti etnik Rohingya. - AFP/Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment