Monday, September 3, 2018

UMNO dan PAS Pemantau Malaysia Baru (PMB) buat laporan polis 'SIASAT EXCO SAMSENG'






UMNO dan PAS negeri serta Pemantau Malaysia Baru (PMB) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku membabitkan seorang EXCO kerajaan negeri.



Laporan itu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Ali Muhammad; Pesuruhjaya PAS negeri, Kamarudin Sedik dan Pengerusi PMB, Datuk Lokman Adam di Pejabat SPRM negeri, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketiga-tiga pemimpin berkenaan turut diiringi kira-kira 200 penyokong.

Dalam laporan itu, SPRM diminta menyiasat penyalahgunaan kuasa seorang EXCO kerajaan negeri di Melaka yang bertindak menggeledah sebuah stor penyimpanan baja di Sungai Rambai, Jasin, pada 29 Ogos lalu.

“Sebagai EXCO kerajaan negeri, beliau tiada hak untuk menggeledah, melainkan polis dan pihak berkuasa tempatan.

“Itu pun perlu mendapatkan waran geledah terlebih dulu. Lebih teruk, cuba menakutkan pekerja dengan menggunakan kedudukannya (EXCO) apabila berkata ‘kau kenal aku siapa?,” katanya ketika ditemui di Melaka, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam pada 29 Ogos lalu itu, EXCO berkenaan bersama-sama 15 orang dan dua anggota polis datang ke stor penyimpanan baja untuk sawah di Parit Penghulu Blok F dengan tujuan membuka pintu stor.

Sementara itu, Ali meminta Ketua Menteri, Adly Zahari supaya mengambil tindakan sewajarnya dan bersikap tegas terhadap EXCO terbabit yang dianggap tidak amanah pada tanggungjawab yang diberikan.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Abu Talib Othman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.
http://watan-online.com/2018/09/03/siasat-exco-samseng/

No comments:

Post a Comment